Kalau suka buat kek, kuih muih, sini memang tempat yang tepat untuk membeli bahan-bahan ramuan. Acuan, bekas makanan, kotak kek, semua ada. Kalau rasa nak meniaga kek dan kuih muih, eloklah datang sini kerana barang yang murah berbanding tempat lain. Tikar, dapur masak, penimbang, parang, kuali, periuk pun ada dijual. Datang sendiri cuci mata, pasti ada nanti barang yang berkenan.